Sumbangan Tamadun Mesir Purba
- Seni bina- Piramid. Ilham Imhotep iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
- Penciptaan kertas. Orang Mesir Purba telah mencipta kertas daripada pokok papyrus. Pencapaian ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan khazanah bangsa.
- Sistem tulisan- Hieroglif. Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Tulisan hieratik pula berkembang ke tulisan demotik.
- Sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis. Ilmu geometri, matematik dan sains juga diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
- Ilmu perubatan. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
- Ilmu matematik telah digunakan dalam usaha mengawal banjir Sungai Nil. Berjaya mencipta sistem pengairan.
- Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan penciptaan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
Banyaknya sumbangan Mesir Purba !
ReplyDelete