Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanandi dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan. Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501-1479S.M.). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.
No comments:
Post a Comment