Jul 15, 2012

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

  • Seni bina- Piramid. Ilham Imhotep iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.

  • Penciptaan kertas. Orang Mesir Purba telah mencipta kertas daripada pokok papyrus. Pencapaian ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan khazanah bangsa.

  • Sistem tulisan- Hieroglif. Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Tulisan hieratik pula berkembang ke tulisan demotik.

  • Sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis. Ilmu geometri, matematik dan sains juga diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

  • Ilmu perubatan. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.

  • Ilmu matematik telah digunakan dalam usaha mengawal banjir Sungai Nil. Berjaya mencipta sistem pengairan.

  • Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan penciptaan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Sistem Tulisan

  • Tulisan hieroglif
  • Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
  • Tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai
  • Tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

Proses Pembentukan

Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannnya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran.

Kepercayaan Orang Mesir Purba

  • Percaya kepada konsep Politeisme ( kepercayaan kepada banyak tuhan)
  • Tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re, Ra-Atum dan Amun
  • Percaya kepada kehidupan selepas mati. Mayat disimpan dan dijaga. Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati. Jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

Jul 14, 2012

Sistem pemerintahan

Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanandi dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan. Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501-1479S.M.). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.

Kehidupan Berorganisasi

Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun diwarisi secara turun menurun. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Tetapi semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga menjadi ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
                                                                                    Amon-Re

Zaman Kejatuhan

Lokasi

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.Limpahan air Sungai Nil ke tanah gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.